ASSALAMUALAIKUM.
Apa yang best sangat tu? Apa yang best kat Sabah? Ohoii. Banyak yang best. Ce search kat mana mana enjin carian (pelik tak bahasa aku).
To be honest, sebelum melanjutkan pelajaran katsini aku pun tak tahu apa yang menarik kat negeri ni selain GUNUNG KINABALU. Banyak sebenarnya tempat tempat menarik katsini. Kebanyakan tempat katsini cantik dan tak berusik. Maksudnya tak tercemar daripada kekotoran tangan manusia.
Ada jugak mulut mulut jahat yang cakap Sabah ni kawasan tak membangun. Apakah? Mai sini..cuba hang perati. Aku yakin bahawa mulut mulut tersebut memang tak pernah datang sini dan cakap main ikut sedap mulut je.
Banyak tempat menarik katsini kot. BANYAK. Cuma masalahnya ialah Sabah ni luas, makanya jarak dari satu tempat ke satu tempat tu agak jauh. Kau nak, kau mesti usaha. Berkorbanlah sikit. Bagi kaki jalan macam aku, memang aku sanggup.
Sanggup kau duduk dalam kereta 4jam? Sanggup kau redah jalan berliku+berbukit+bawah dia sipi sipi je gaung? Sanggup kau drive 4jam? Sanggup kau berhabis duit? "Pengalaman tak boleh dibeli"----> Fifa's said. Cehh.
Waktu cuti ni memang masa aku habis untuk berjalan-jalan tengok negeri orang. Kata duduk kat negeri orang. Cariklah pengalaman baru kannn. Alhamdulillah kawan-kawan aku memang kaki berjalan.
Jangan nanti orang tanya pasal Sabah kau sepatah haram tak tahu apa yang menarik! Berjalanlah sikit sikit, carik pengalaman. Kena pandai bajet. Kau tetapkan bajet untuk kesini berapa, untuk kesitu berapa. Agak-agak. No problem, insyaALLAH.
Memang midsem exam belum sepenuhnya habis, tapi kita boleh arrange jadual kita sendiri kan. Pandai pandailah bahagi masa ye dak?
Membebel memang sebati dengan aku. Sorry ya. Ni aku nak kabor tempat tempat yang aku pergi waktu cuti ni.
Hari Isnin tu kami pergi jalan jalan sekitar KK dulu.
Tanjung Aru.
Katanya nak tengok sunset. Kata kau.
Aku suka gambar ni. Havoc.
Paksa sorang foreigner tangkapkan gambar :D
Ngehehe.
Hari Selasa pulak tanpa dirancang. Kami melencong ke Tamparuli, Kota Belud dan Kudat. Ada gak daerah lain. Tapi aku malas nak ingat.
Rumah Terbalik kat Tamparuli.















































