Wednesday, 31 October 2012

Bercuti Bersama Artis

ASSALAMUALAIKUM.

Camne cuti raya haji? Kami katsini raya haji dan midsem terus sambung cutinya (ayat berbaur Jawa). Penat okay cuti ni. Tapi belum habis lagi. Tinggal 5 hari lagi. Aku akan gunakan cuti ni sebaik mungkin untuk............................study? Oh mungkin ya. Untuk pinjam buku banyak banyak kat library? (Agak agak orang mesti ingat aku rajin kan) Puiiih!

Aku akan gunakan cuti kali ni sepenuhnya dan sebaik baiknya untuk melancong di Sabah. Best sangat. RUGI bagi sesiapa yang balik Semenanjung. Dan rugi untuk sesiapa yang dok terperap dalam bilik. Hihi.

Oh isi lari dengan topik rupa-rupanya. Ahad kelmarin, aku bersama Fifa dan Arifah ke 1B untuk menonton wayang. Semasa kami bertiga khuyuk melangkah. Tiba tiba kami berselisih dengan Eizlan Yusuf. Dapat Dato' eh dia sekarang? Dia dengan isteri dia tengah syok berjalan. Balik soping lettew. Ah tak kesah pun sebenarnya. Artis je. Kau ingat kau sapa? Kat pasar malam Puncak Alam pun aku pernah jumpa artis. Memang tak heran mana lah.

Aku sebenarnya ada cerita lagi best pasal cuti ni. Nanti aku cerita eh. Banyak tempat kami pergi. Alhamdulillah setakat ni dah 3 tempat kami pergi. Ada lagi satu tempat nak pergi esok. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. InsyaAllah.

Kami = Aku, Ejat, Fifa@Huda dan Arifah.

Tapi tajuk tulis bercuti bersama artis. Macamlah aku bercuti dengan DEY tu. Sebenarnya tajuk dia lebih sesuai Bercuti dan Ternampak Artis. #Tahpapejekakuni.



No comments:

Post a Comment