Wednesday, 24 October 2012

Cuci Mata

ASSALAMUALAIKUM.

Tamu Gadang katsini dah habis :( Gadang tu maksudnya besar. Ini macam bazar besar-besaran sempena minggu konvokesyen. Konvo 3 hari je tapi TG seminggu. Meriah betul. Macam-macam jualan ada. Tudung AidiJuma pong ada. Haha habis duit asyik beli tudung je. Macamlah  takde tudung. Bagi orang Semenanjung/Sarawak yang tak pernah datang Sabah, Sabah ni famous dengan mutiara. Sebutlah nak asli/cetak rompak. Semua ada. Tapi yang asli memang murah katsini. Makanya baik beli yang asli saja. Selain itu (penanda wacana weh), makanan yang best ialah keropok amplang & kuih cincin. Sedap..boleh ganti jajan. Kuih cincin tu kalau tak silap dibuat daripada gula merah. Keropok amplang pulak daripada ikan/udang. Tidak ketinggalan juga, ikan masin pun banyak dan murah, selalu orang Semenanjung kalau datang mesti beli ikan terubuk masin. Besar weh.

Aku ada gambar mutiara je. Dia buat brooch. Rantai, cincin, butang baju & etc.

RM 10 untuk 1. 


Aku syak ni rantai. Banyak gila.

Rantai lagi.


Ni lagi murah. Sedozen boleh dapat RM40.

Butang baju cekak musang (betul ke?)
RM5 sekotak.


Bentuk rerama. Pesen ni harga mahal.


Yang ni tak sure, RM10 sekotak kot. Daripada mutiara gak.


Colourful bhai. (Tangan aku menggelabah gila time ambik gambar, menggigil)

Besar, macam mak datin kalau pakai.

Semua pesen yang berjuntai-juntai kan.

Yang ni dia tutup dengan plastik sebab gerimis waktu ni.

Ada yang minat rantai yang simple ni? RM10 je.

Gelang ni aku tak tanya harga pulak.

6 ketul RM10.

Amacam? 1 set ni RM25.


Cincin bertatahkan mutiara. Sekali lagi tak tanya harga.

Kawan aku, Mira berkenan kat yang kanan kedua dari atas. Yang ni RM15 je.



Aku tak minat brooch yang besar-besar. Makanya ini sajalah yang aku beli. 6 ketul dapat RM10.


Aku rasakan, peniaga kat TG tu mesti meroyan dengan aku. Bukannya aku beli. Ambik gambar, tanya harga pastu blah. Aku sebenarnya nemankan Eton beli brooch. Diakan balik raya haji ni =.=
Aku pulak busy buat benda lain. Haha. Menyebok je. Aku rasa macam mak-mak je, tanya-tanya harga, belek-belek. Gaya macam nak beli. Puii. 

Tapi kalau nak lagi murah baik beli kat KK. Biasalah, kalau ada event macam ni mestilah peniaga naikkan harga sikit. 

Ada sesiapa berkenan? Aku boleh je belikan kat KK. KK dari sini cuma setengah jam je. No hal lah.
Tapi aku balik bulan 1. Lama lagi. Hahaha.

Ada gak member aku mengada nak T-shirt I <3 SABAH. Umeeeee! Takpe kau. Balik ni kau kena dengan aku, macam-macam kau buat kat aku kan? Kau ni makin lama aku perhati makin teruk perangai eh. 

Hahahaha. Cuak tak weh?



2 comments:

  1. amboi muna..ni memang nak promot nih!!

    ReplyDelete
  2. sekarang cita cita nak jadik peniaga. hahaha. promot ar kat org kampung. hahaha

    ReplyDelete