Saturday, 3 November 2012

Apa Yang Best Sangat?


ASSALAMUALAIKUM.

Apa yang best sangat tu? Apa yang best kat Sabah? Ohoii. Banyak yang best. Ce search kat mana mana enjin carian (pelik tak bahasa aku).

To be honest, sebelum melanjutkan pelajaran katsini aku pun tak tahu apa yang menarik kat negeri ni selain GUNUNG KINABALU. Banyak sebenarnya tempat tempat menarik katsini. Kebanyakan tempat katsini cantik dan tak berusik. Maksudnya tak tercemar daripada kekotoran tangan manusia. 

Ada jugak mulut mulut jahat yang cakap Sabah ni kawasan tak membangun. Apakah? Mai sini..cuba hang perati. Aku yakin bahawa mulut mulut tersebut memang tak pernah datang sini dan cakap main ikut sedap mulut je. 

Banyak tempat menarik katsini kot. BANYAK. Cuma masalahnya ialah Sabah ni luas, makanya jarak dari satu tempat ke satu tempat tu agak jauh. Kau nak, kau mesti usaha. Berkorbanlah sikit. Bagi kaki jalan macam aku, memang aku sanggup. 

Sanggup kau duduk dalam kereta 4jam? Sanggup kau redah jalan berliku+berbukit+bawah dia sipi sipi je gaung? Sanggup kau drive 4jam? Sanggup kau berhabis duit? "Pengalaman tak boleh dibeli"----> Fifa's said. Cehh.

Waktu cuti ni memang masa aku habis untuk berjalan-jalan tengok negeri orang. Kata duduk kat negeri orang. Cariklah pengalaman baru kannn. Alhamdulillah kawan-kawan aku memang kaki berjalan. 

Jangan nanti orang tanya pasal Sabah kau sepatah haram tak tahu apa yang menarik! Berjalanlah sikit sikit, carik pengalaman. Kena pandai bajet. Kau tetapkan bajet untuk kesini berapa, untuk kesitu berapa. Agak-agak. No problem, insyaALLAH.

Memang midsem exam belum sepenuhnya habis, tapi kita boleh arrange jadual kita sendiri kan. Pandai pandailah bahagi masa ye dak?

Membebel memang sebati dengan aku. Sorry ya. Ni aku nak kabor tempat tempat yang aku pergi waktu cuti ni.

Hari Isnin tu kami pergi jalan jalan sekitar KK dulu. 

Tanjung Aru.

Katanya nak tengok sunset. Kata kau.

Aku suka gambar ni. Havoc.

Paksa sorang foreigner tangkapkan gambar :D

Pasir dia tak putih kan? Patutnya aku bawak clorox time datang sini. Macam manalah boleh lupa.

Ngehehe.


Hari Selasa pulak tanpa dirancang. Kami melencong ke Tamparuli, Kota Belud dan Kudat. Ada gak daerah lain. Tapi aku malas nak ingat.

Rumah Terbalik kat Tamparuli.

     


Kereta pun terbalik bhai. Yang kat belakang tu dia tengah renovate mende ntah.

Ada orang tak ikut tema. Mencikk. Hahaha
Sepatutnya semua kena buat buat terkejut. Tapi teman belah kanan tu.......


Panas. Tapi panas tu berkat, hujan tu rahmat. Pun boleh.


Kitaorang tak masuk pun.
Masuk kena bayar RM10. Pehh. Kitaorang cakap kat receptionist tu nanti dululah sebab time tu kitaorang memang nak pergi tandas. Otw nak pergi tu........Eh, masing masing cakap takpayah masuklah. Boleh ambik gambar terus dari sini. Huahuahua. Free free je ambik gambar. Selamat duit.
So 15minit je katsitu.

Seterusnya kami terus ke Jambatan Gantung Tamparuli....lalalala *sambil nyanyi lagu Jambatan Tamparuli*



Serting di Borneo. Kau ada???? Muahahaha.


Gayat okay >.<

Misi seterusnya. Sebenarnya plan hari Selasa tu nak ke Simpang Mengayau je.

Simpang Mengayau kat Kudat. 3jam perjalanan dari KK. Kau mampu drive sorangsorang 3jam berterusan? Thanks to Fifa. Diaorang nak hidup lama. Aku bawak macam nak racing. Makanya Fifa telah menjadi pemandu pilihan. Hahaha. Jalan nak pergi Kudat tu penuh ranjau dan duri. Bukit memang cukup banyak. Jalanraya tengah baikpulih. Gaung lagi. Anjing kat tengah jalan bersepah. Macam macam ada.

Kitaorang pergi cuma berempat je tau. Tanpa lelaki. Alhamdulillah tak sesat semua. Dahla kitaorang semua orang Semenanjung, memang tak tahu menahu langsung selok belok Sabah. Redah je.

Simpang Mengayau tu ialah Tip of Borneo. Kami dah berjaya sampai ke penghujung Borneo. Cantik sangat pemandangan, hilang terus penat.


Nampak peta Sabah yang kat telinga tu? Jauh sangatlah pulak. Tapi Kudat kat situlah.

 We are here.
 Kosong tanpa sebarang pulau kan. Dah nama pun hujung Borneo.

 Subhanallah.
 Subhanallah.
 Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.

Subhanallah  :))))))))))))
Semua cantik kan.



Haa. Kat situlah Kudat.

MasyaAllah.

 Angin sangat deras okay.


Ni pantai kat Simpang Mengayau tu.


Lepas ambik gambar semua semua. Kitaorang lapar sesangat. Makan makan then cabut.

Aku drive pulak. Mereka telah memberi kepercayaan kepada aku. Berani betul diaorang. Lantaklah.
Diaorang dah kenyang pakat tidur berjemaah. Dahla line radio macam haram nak dapat.
Bila semua tidur, apa perasaan kau? Mengantuk jugakkk weh. Tiba tiba kan aku pun terlelap. Hahaha.
Terbabas sikit ar ketepi. Time tu nak belok. Boleh kau tertidur time kat simpang???? Aku boleh. Sengal.

Tak lama pastu singgah lah mesjid, sekali waktu nak ambik wudhu takde air pulak. Tahpapeje.
Singgah pulak R&R. Ingatkan ada surau. Takde jugak. Nasib sampai Kota Belud tu ada banyak masjid :)

 Ni otw nak balik. (Time aku drive semua pakat tidur -____-)
Seriusnya muka Ejat. Hihihi.
Okay dah muncul 'peace'
Perasan tak ada sorang tak ikut tema. Ishhhhh.


Next Thursday kitaorang pergi Labu Labuan. Weeee~
Misinya untuk memburu cekelet. 
Feri dari Jesselton Point ke Labuan RM34.00. Jesselton Point tu kat KK.
Tiket ke Labuan cuma ada pada pukul 8.00am 1.30pm.
Kami pilih pukul 8.00am lah since nak jalan jalan kat Labuan.
Oh sebenarnya kami overnight di UMSKAL. Atau lebih spesifik lagi di bilik Ejat. 

Sempat singgah kat Peace Park. Tangkap gambar bagai.

 Gambar 1st.


 Gambar 2nd. Tengoklah masing masing. Hahaha. Lawak gila tengok Fifa.


 Kemain semua semangat.
Yang kanan tu Elina & sebelah aku tu Safa. Duadua coursemate Ejat kat UMSKAL.


Cantik kan park ni.


 Nak tidur situ pun boleh. Tapi sori lah, kitaorang dah pijak. wkwkwk


  Seronoknya tengok Fifa. Hahaha


 Lu orang jangan carik pasal dengan kami. 

 Tunggu siapa kak? 
Ni bukan bukit. Tapi timbunan batu/tanah yang orang Jepun buat.


Feeling kasik lebih Fifa. Harhar.


Lepastu pusing pusing Labuan, carik Muzium Marin. Masuk percuma. Lai lai.


Kitaorang tak malu, suruh pekerja situ tangkapkan gambar. #adaakukesah?


  Cantik.


Nyomelss.


Semart ah Fifa tangkap gambar.

Ikan pelangi kah?

Aku dah kenapa? Sakit tengkuk? Perasan tak tangan kami? #gelilah

Comel lah dekorasi muzium marin ni.
Perasan tak ada tudung orang tu jadik 4 segi. Hahahahahah. Macam batu bata.
Kang kena lempang gak aku nanti. 

Cerming nya cantik :B

 Sekali lagi mintak tolong pekerja katsitu. *facepalm*

 Time ni dengar lagu melayu asli tengah berkumandang katsitu, masing masing feeling nak menari. Hahah
Yang aku tak boleh blah ialah aku terkejut gila dengan Ejat. Tiba tiba je dia muncul kat belakang. Menjerit aku.

 Adakah anda awesome? Kami daebak :P


Pastu chow pergi Muzium Labuan pulak. Free jugak.


 Kau mampu tangkap gambar dalam muzium yang dah tertulis dengan jelas 'No photo'?
Berani kah kami?


 Pak guard yang ambik kan gambar. Hihihi.
Pakcik, kenapa gambar belah kiri blur?



Okaylah. I nak depart satgi. Tata Labuan.

Bila anda budak poyo. Anda harus selamba. Orang keliling memandang mandang kot. Dah kenapa budak ni berposing bagai depan airport. Ni depan Airport Labuan. Saja buang masa tengok airport orang. Hahaha.

Tak sempat nak snap gambar cekelet. Sibuk bebenor soping sampai terlupa. 

Ada satu je sempat aku snap. Sedap weh :)

Akma, daim kau nanti aku post.

Aku tak sempat nak edit gambar semua. Malaslah. 
Eh, homeswork+assignment belum siap eh? 
Tidur dululah. Apa kes ni?
Tak macho lah kerje tak complete lagi. Uishhh.

No comments:

Post a Comment