Korang tahu tak apa itu Biotechnology.
Berikut adalah jawapan yang selalu aku terima (aku mengaku ayat aku memang skema):
"Kaji cell"
"Kerja dalam makmal je"
"Kaji pokok/tumbuh tumbuhan"
"Tak tahu lah, yang aku tahu cuma medic, dentistry, pharmacy and engineering"
LOL.
Comel lah orang jaman sekarang.
Zaman dah maju bro, sis. Takkan tak pernah tahu pasal Biotech.
Comel lah korang yang duduk bawah gelas.
Ada macam macam kemudahan tapi kau sendiri taknak gunakan kemudahan tu. Google jelah kan.
Takpe takpe. Aku bagitahu jugaklah definisi Biotechnology.
Adakah Bio=biology dan Technology=technology-lah?
No no no. Dia ada definisi sendiri. Mari kita fahamkan ya rakan rakan.
Sebenarnya ada banyak makna Biotek. Tapi aku bagi maksud yang simple.
Senang korang nak cernakan.
'A body of techniques that use biological systems, living organisms or derivatives to make or modify products or processes for specific use.' (UNEP, 1992)
Paham ke idok?
Bahasa mudahnya= Guna benda hidup untuk hasilkan/upgrade sesuatu produk. Tapi kena ada teknik yang betul.
Ha, benda hidup yang boleh digunakan contohnya macam yis, bakteria, sperma, ovum & etc.
Korang jangan ingat aku nak melucah pulak. Errr.
Contoh kerja-kerja Biotechnologist:
- Clonning.
- Genetic engineering/genetic modification.
- Biochemistry.
- Molecular biology
Tapi katsini kitaorang ditekankan kat bidang molecular biology dan genetic modification.
Aku ni baru setahun jagung. Mentah lagi. Ya ya aku tahu. Aku pun baru belajar asas asas Biotek.
Aku cuba untuk fahamkan dan ingat segala macam kod dalam gene kita. Ya aku baru belajar benda alah tu weh. Aku tahu korang dah expert dan mahir tahap dewa dewi kan.
Bila orang tahu aku dapat course apa kan. Mesti ekspresi muka orang tu tak boleh blah.
Arghhh. Aku tahu, hal ehwal bio ni celah gigi korang je kan.
Orang lain belajar programming. Belajar ekonomi dunia. Belajar anatomi. Eh? Aku perli sesiapa ke?
Hahahahahaha. Sila lah benci aku.
Aku belajar apa? Sangat bosan kan. Balik balik pegang micropippetor & centrifudge tube.
Balik balik sukat benda yang takat nano nano je.
Tak challenge lah. "Aku kaji mayat weh" Eh, sarkastik lagi ea? Hahahahaha.
Lantak korang lah nak belajar apa pun. Yang penting ikhlas.
Niat kerana ALLAH. Jangan kutuk lecturer. Jangan benci lecturer.
Benci class rep takpe (aku lettew). Muahahaha.
Yang penting kena ikhlas & kau kena enjoy belajar subjek tu.
Orang suka kata----> "Macam susah je nak dapat kerja nanti."
Rezeki tu ALLAH yang tentukan weh. Usaha lah.
Belajar kerana ALLAH. Ikhlas. Nampak tak lagi sekali aku tekankan part tu, penting tu (walaupun aku ni hampeh).
"Macam bagus je kau ni Muna."
"Bajet gila kau."
"Benci kau."
"Kau ni mulut macam *%##%^!$% tapi ada hati nak bagi nasihat."
Aku mintak maaf kalau aku sakitkan hati korang.
"Sorry" *muka sedih sambil garu hidung*
Doakan aku berjaya dalam bidang ni.
Kadang kadang aku sarkastik. Tapi itu memang perangai aku. Sila lah sakit hati dan banyakkan bersabar.
Hahahahaha.
Okaylah. Aku nak muhasabah diri sambil tengok runningman.
#nota lutut: no offense & jgn TYPO okay. hahahaha
#nota lutut: no offense & jgn TYPO okay. hahahaha
harap yang programming tu bkn tuju pada akulah ea..haha!!Ape bidang pun ingat bila habis nanti kita akan jd profesional muslim & muslimah..tunjukan ciri-ciri Islam yang terbaik yang ada pada diri kita agar orang makin hormat dan mengenali agama yang Allah reda ini ^_^
ReplyDeleteSalam, awk ambik cos bioteknology kat U mane eah?
ReplyDelete