Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Saturday, 10 November 2012

Apa tu..

ASSALAMUALAIKUM.

Korang tahu tak apa itu Biotechnology.
Berikut adalah jawapan yang selalu aku terima (aku mengaku ayat aku memang skema):
"Kaji cell"
"Kerja dalam makmal je"
"Kaji pokok/tumbuh tumbuhan"
"Tak tahu lah, yang aku tahu cuma medic, dentistry, pharmacy and engineering"

LOL.

Comel lah orang jaman sekarang.
Zaman dah maju bro, sis. Takkan tak pernah tahu pasal Biotech.
Comel lah korang yang duduk bawah gelas.
Ada macam macam kemudahan tapi kau sendiri taknak gunakan kemudahan tu. Google jelah kan.

Takpe takpe. Aku bagitahu jugaklah definisi Biotechnology.
Adakah Bio=biology dan Technology=technology-lah?
No no no. Dia ada definisi sendiri. Mari kita fahamkan ya rakan rakan.

Sebenarnya ada banyak makna Biotek. Tapi aku bagi maksud yang simple.
Senang korang nak cernakan.

'A body of techniques that use biological systems, living organisms or derivatives to make  or modify products or processes for specific use.' (UNEP, 1992)

Paham ke idok?

Bahasa mudahnya= Guna benda hidup untuk hasilkan/upgrade sesuatu produk. Tapi kena ada teknik yang betul.

Ha, benda hidup yang boleh digunakan contohnya macam yis, bakteria, sperma, ovum & etc.
Korang jangan ingat aku nak melucah pulak. Errr.

Contoh kerja-kerja Biotechnologist:

  • Clonning
  • Genetic engineering/genetic modification. 
  • Biochemistry.
  • Molecular biology
Tapi katsini kitaorang ditekankan kat bidang molecular biology dan genetic modification.

Aku ni baru setahun jagung. Mentah lagi. Ya ya aku tahu. Aku pun baru belajar asas asas Biotek. 
Aku cuba untuk fahamkan dan ingat segala macam kod dalam gene kita. Ya aku baru belajar benda alah tu weh. Aku tahu korang dah expert dan mahir tahap dewa dewi kan.


Bila orang tahu aku dapat course apa kan. Mesti ekspresi muka orang tu tak boleh blah.
Arghhh. Aku tahu, hal ehwal bio ni celah gigi korang je kan.

Orang lain belajar programming. Belajar ekonomi dunia. Belajar anatomi. Eh? Aku perli sesiapa ke? 
Hahahahahaha. Sila lah benci aku.

Aku belajar apa? Sangat bosan kan. Balik balik pegang micropippetor & centrifudge tube
Balik balik sukat benda yang takat nano nano je. 
Tak challenge lah. "Aku kaji mayat weh" Eh, sarkastik lagi ea? Hahahahaha.


Lantak korang lah nak belajar apa pun. Yang penting ikhlas.
Niat kerana ALLAH. Jangan kutuk lecturer. Jangan benci lecturer
Benci class rep takpe (aku lettew). Muahahaha. 
Yang penting kena ikhlas & kau kena enjoy belajar subjek tu.


Orang suka kata----> "Macam susah je nak dapat kerja nanti."
Rezeki tu ALLAH yang tentukan weh. Usaha lah. 

Belajar kerana ALLAH. Ikhlas. Nampak tak lagi sekali aku tekankan part tu, penting tu (walaupun aku ni hampeh). 
"Macam bagus je kau ni Muna." 
"Bajet gila kau."
"Benci kau." 
"Kau ni mulut macam *%##%^!$% tapi ada hati nak bagi nasihat."

Aku mintak maaf kalau aku sakitkan hati korang. 
"Sorry" *muka sedih sambil garu hidung*

Doakan aku berjaya dalam bidang ni. 

Kadang kadang aku sarkastik. Tapi itu memang perangai aku. Sila lah sakit hati dan banyakkan bersabar.
Hahahahaha.

Okaylah. Aku nak muhasabah diri sambil tengok runningman.

#nota lutut: no offense & jgn TYPO okay. hahahaha

Wednesday, 3 October 2012

Kenapa Macam Ni?



ASSALAMUALAIKUM.


Terkejut tau aku baca berita ni most risky food. Hehe. Takde lah terkejut mana. Saja nak gempak. Rasanya dah dekat sebulan tak tengok tv, tak tengok berita & tak baca surat khabar. Aduhai macamlah tak boleh tengok kat tonton.com... Tapi suka hati akulah kalau tak nak tengok :P. Aku memang kedekut bila kena beli surat khabar. Nanti dah baca nak buat apa kat kertas kertas tu? Kitar semula lah. Muna sengal tanya soalan tapi jawap sendiri. Baca lah berita online. Dimana mana pun boleh baca. Tak kira masa dan tempat.

Oh belanjawan 2013 dah keluar. Aku paling suka pasal beli telefon pintar. Ohoiii marilah kita bersama-sama menghabiskan duit untuk benda yang tak kekal selamanya tuh. Suka memang suka tapi main bersyarat-syarat pulak T_____T. Cukuplah dengan apa yang aku ada sekarang ni. Cuba belajar bersyukur. Haishh.

Semua aku tak puas hati. Kenapa macam ni? Kenapa macam tu? Ah ni semua mainan duniawi. Sabar weh. Sabar.


Sebenarnya nak cerita pasal ni. Tu semua tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak cerita ni. Haha. Biol!

Tau tak ni  apa? Tisu lahhh

Nak kompelin pasal ni lah.


Nampak tak apa yang aku tak puas hati. Kenapa virgin pulp tu maksudnya ialah bubur kertas?????? Bubur?
Tak fahamlah. Sebelum kau produce tisu ni boleh tak kau tengok & belajar daripada Oh My English! Sabar jelah.

Eh, pasal ni pun kau nak post ke?

Friday, 28 September 2012

Macam Fenomena

ASSALAMUALAIKUM.

Apa yang macam fenomena? Ni sebenarnya nak kongsi pasal kawan kawan yang belajar kat overseas.
Tahniah buat semua yang dah & akan sambung belajar ke menara gading gajah. Semenjak dua menjak ni ramai(ni betul betul ramai) kawan kawan aku yang nak terbang ke 'luar'. Sebab itulah aku kata fenomena, macam segerombolan terus yang pergi. Tapi kebanyakan mereka dengan tanggungan ibu dan ayah. Itu semua adalah pilihan kita sendiri. Ada baik & buruknya.

Sebab-sebab:

  • Memang MINAT kau kan, takde siapa boleh halang. Alasan yang paling kuat: 'Kat Malaysia aku dapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Perbidanan Kampung, aku nak ambik medic, nak jadik doktor perubatan moden.' Makanya kalau memang minat kau, mesti kau akan belajar betul betul kan. Takdelah sia sia duit mak bapak kau melabur untuk pendidikan kalian.


duit mak bapak yang bakal habis.
(bukan gambo aku)

  • Sebab rasa macam BANGGA je belajar jauh jauh kat negara orang. Eh ada ke orang macam ni? Ada kot, jelous tengok rakan rakan upload gambar kat fb twitter, masuk surat khabar dalam edisi salam perantauan & dapat jalan jalan waktu cuti sem sambil menghabiskan duit cukai yang orang  Malaysia bayor(ini kes budak yang dapat scholar).

  • Sebab KELUARGA suruh. Oh yang ni memang bagus ah. Sebabnya bukan diri sendiri yang paksa mak ayah untuk tanggung mereka. Ini kes mereka pergi dengan restu keluarga. And mesti mak ayah dia nak salah seorang anak anak dia jadik doktor or pharmacist and ect. Kerjanya nanti mestilah grand kan. Ada gelaran lagik. Waduh macam macam. 

  • Kes TERPENCIL. Ni ada satu cerita pasal sorang budak ni. Dia nak jadik doktor perubatan sebab makwe dia. Bapak perempuan tulah punya pasal. Dia nak menantu dia nanti kerja doktor. Anak dia belajar apa entah..aku lupa. Oh demand bukan main. Ingat kalau menantu kau bukan doktor tak dapat ah tanggung anak kau? Pelik betul. Jadi, budak laki tu pun sanggup belajar kat Mesir sebab tak dapat tawaran medic dalam Malaysia.


Bagi aku lah, kalau betul tu minat kau takpe. Sebab niat kau murni. Tapi kalau kau rasa kau nak jadik hebat, tak payahla kot. Sebab nanti kau sendiri yang tak mampu. Kenapa ek kebanyakan orang yang sambung belajar kat oversea(yang guna duit sendiri) semua yang ambik medic. Lupa pulak, nak sambung medic dalam Malaysia kena dapat 4flat time STPM or matriculation. Kiranya yang kes kes yang aku sebutkan tadi tu tak cukup kualiti ke?


Ni mesti korang nak ikut idola korang kan:
google punya imej