Friday, 28 September 2012

Macam Fenomena

ASSALAMUALAIKUM.

Apa yang macam fenomena? Ni sebenarnya nak kongsi pasal kawan kawan yang belajar kat overseas.
Tahniah buat semua yang dah & akan sambung belajar ke menara gading gajah. Semenjak dua menjak ni ramai(ni betul betul ramai) kawan kawan aku yang nak terbang ke 'luar'. Sebab itulah aku kata fenomena, macam segerombolan terus yang pergi. Tapi kebanyakan mereka dengan tanggungan ibu dan ayah. Itu semua adalah pilihan kita sendiri. Ada baik & buruknya.

Sebab-sebab:

  • Memang MINAT kau kan, takde siapa boleh halang. Alasan yang paling kuat: 'Kat Malaysia aku dapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Perbidanan Kampung, aku nak ambik medic, nak jadik doktor perubatan moden.' Makanya kalau memang minat kau, mesti kau akan belajar betul betul kan. Takdelah sia sia duit mak bapak kau melabur untuk pendidikan kalian.


duit mak bapak yang bakal habis.
(bukan gambo aku)

  • Sebab rasa macam BANGGA je belajar jauh jauh kat negara orang. Eh ada ke orang macam ni? Ada kot, jelous tengok rakan rakan upload gambar kat fb twitter, masuk surat khabar dalam edisi salam perantauan & dapat jalan jalan waktu cuti sem sambil menghabiskan duit cukai yang orang  Malaysia bayor(ini kes budak yang dapat scholar).

  • Sebab KELUARGA suruh. Oh yang ni memang bagus ah. Sebabnya bukan diri sendiri yang paksa mak ayah untuk tanggung mereka. Ini kes mereka pergi dengan restu keluarga. And mesti mak ayah dia nak salah seorang anak anak dia jadik doktor or pharmacist and ect. Kerjanya nanti mestilah grand kan. Ada gelaran lagik. Waduh macam macam. 

  • Kes TERPENCIL. Ni ada satu cerita pasal sorang budak ni. Dia nak jadik doktor perubatan sebab makwe dia. Bapak perempuan tulah punya pasal. Dia nak menantu dia nanti kerja doktor. Anak dia belajar apa entah..aku lupa. Oh demand bukan main. Ingat kalau menantu kau bukan doktor tak dapat ah tanggung anak kau? Pelik betul. Jadi, budak laki tu pun sanggup belajar kat Mesir sebab tak dapat tawaran medic dalam Malaysia.


Bagi aku lah, kalau betul tu minat kau takpe. Sebab niat kau murni. Tapi kalau kau rasa kau nak jadik hebat, tak payahla kot. Sebab nanti kau sendiri yang tak mampu. Kenapa ek kebanyakan orang yang sambung belajar kat oversea(yang guna duit sendiri) semua yang ambik medic. Lupa pulak, nak sambung medic dalam Malaysia kena dapat 4flat time STPM or matriculation. Kiranya yang kes kes yang aku sebutkan tadi tu tak cukup kualiti ke?


Ni mesti korang nak ikut idola korang kan:
google punya imej


1 comment:

  1. Best ape berjalan jauh2,
    boleh tengok tempat & budaya orang,
    jauh berjalan luas pemandangan :)

    ReplyDelete