Sunday, 30 September 2012
Kerana Kunci
11 Zulkaedah 1433/27 September 2012....
Dua pasang kaki mula melangkah keluar dengan langkah yang longlai. Diselangi dengan perbualan yang sia-sia belaka. Tanpa mereka sedari ada yang memerhatikan aturan langkah mereka setiap masa, iaitu Tuhan Yang Satu: ALLAH.
Rutin mereka masih sama untuk beberapa hari kebelakangan. Betapa bosannya hidup mereka tanpa disulami dengan keindahan dunia. Ah dunia, terlalu banyak pancaroba. Banyak muslihat yang tersembunyi. Dunia, hanya sementara. Tidak perlu dengan keseronokan yang tidak hakiki, akan hilang suatu masa nanti.
Bagi mereka yang masih mentah; pelajar-pelajar tersebut, sedikit pun mereka tidak hiraukan apa macam dugaan yang mereka bakal tempuhi kelak. Hanya satu matlamat mereka....
Cuaca yang pada mulanya cerah dan damai mula menunjukkan taringnya. Ah persetankan semua itu. Langkah mereka semakin lincah agar dapat menyelamatkan diri dari dibasahi hujan yang semakin mengganas.
Seorang perawan tiba-tiba muncul dengan langkah yang tergesa-gesa. Mungkin ada urusan yang perlu diselesaikan segera. Namun, perjalanan gadis tersebut terbantut kerana segugus kunci yang dikeluarkan daripada isi begnya yang padat tiba-tiba terjatuh.
Tanpa membuang masa, sepasang kaki terus melangkah untuk membantu gadis tersebut, sungguh murni niatnya. Kerana kunci tersebutlah. Kerana kunci itulah. Ya, kerana kunci tersebutlah kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Kejadian yang tidak pernah dirancang.
Gadis tersebut ingin membalas budi. dia terus mempelawa pelajar-pelajar tersebut. Mempelawa untuk menumpangkan mereka. Sedangkan perjalanan mereka bukanlah sehala. Jauh dibenak fikiran pelajar tersebut, inilah peluang keemasan mereka. Ah persetankan mata-mata yang memandang. Diri perlu dilindungi.
Hanya kerana kunci!!!! Pelajar-pelajar tersebut berjaya mencapai matlamat mereka yang satu; iaitu untuk ke kelas TITAS. Tanpa dihinggapi setitik hujan pun. Yes yes yes. Aku ngan kawan aku, Eton pergi kelas TITAS dengan muka kerek sebab tak kena hujan pun. Haha. Riak :p
Itulah ganjarannya..ALHAMDULILLAH. Serious ah, hujan katsini kalau lebat, memang selebat-lebatnya. Macam nak ribut pun ada. Angin kencang tak payah cakaplah. Tapi alah bisa tegal biasa. I kan anak jawa. Nasib baik Kakak tu tumpangkan kitaorang. Terima kasih ALLAH, terima kasih Kak Siti(kalau tak silap), mentang-mentang dah selamat terus lupa nama. Hehe
Labels:
kejadian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ayat dia macam ayat2 novel dah..haha!!
ReplyDelete