Showing posts with label kejadian. Show all posts
Showing posts with label kejadian. Show all posts

Monday, 3 December 2012

Trip

ASSALAMUALAIKUM.

Last weekend aku pergi trip.
Trip kokurikulum.
Aku ambik gamelan. Jangan tanya kenapa aku join kelab gamelan.

Trip gamelan ni saja saja je kitaorang buat.
Kalau buat dapat markah kokum lebih (mungkin).
Kalau tak buat pun takpe.

Kitaorang pergi Kudat.
Ohya, trip ni free sebab uni yang tanggung. XD

Sebenarnya kan aku dah pernah pergi Kudat,
Masa cuti midsem haritu.

Mula aku taknak pergi. Tapi bila fikir pasal markah kokum.
Aku pun pergi dengan separuh ikhlas.

Lagipun kitaorang mana rapat. Setiap ahli gamelan datang dari macam macam course.
Seminggu jumpa sekali je. Kokum kan seminggu sekali je.
Sebab tulah aku macam nak taknak je pergi.

Kitaorang stay kat rumah panjang. Yeahhhh.
Rumah panjang yang kitaorang duduk ni memang dijadikkan homestay.

Pergi hari Sabtu. Tepat jam 11.30am kitaorang sampai.
Semua jakun tengok rumah panjang. (Huhu)

New experience.
Lai lai.

Unik

Selekeh gila kau munau! Berkilau!
Sebelah tu Saadah. Tu jelah yang aku kenal kat gamelan (sebelum trip).

Ni dinding kat ruang tamu. Cuak tak?

Bilik tidur yang super scary
Cuba pikir macam mana nak salin baju? Tingkap yang sentiasa terbuka.
Tapi kan rumah panjang tinggi. Orang tak boleh ngendap.
Kelambu tu memang sangatlah berguna. 
Nyamuk waktu malam takyah cakap ar. 
Aku still tak boleh bayangkan macam mana orang tinggal/hidup dalam rumah panjang selama bertahun tahun.

Ruang tamu.

Lantai. 
Takuiit nak pijak.
Tapi lama lama dah biasa, siap berlari.
Nasib tak roboh. (Haha)

Pintu bilik.
Agak agak kalau banyak masa free boleh je nak usha orang dalam bilik.
Rasa insecure gila tinggal kat rumah panjang ni. 

Petang Sabtu tu ada sukaneka.
Running Gamelan namanya.
Macam macam jenis game ada.
Group gua menang weh :)))))))))
Best sangat gua cakap sama lu.
Time tulah baru kenal semua orang.
Kenal perangai masing-masing.

Malam pulak tengok tarian suku kaum Rungus.
Diaorang ajak sudents join menari sekali. 
Aku memang taknak ah. Sori.
Sori gambar kabur sebab aku zoom.

Lepas habis tengok tarian kitaorang prektis main gamelan.
Kata trip under kelab gamelan. Haruslah ada selitkan aktiviti prektis lagu.
Alaaaaa aku tak snap gambar time prektis -___-

Pastu dalam pukul 12am tu dah free semua, diaorang karaoke weh.
Aku dah tak larat dah nak join.

Hari kedua (Ahad) pulak pergi Simpang Mengayau.
Aku kan dah pernah pergi.
So takde lah rasa jakun sangat.

Yang belah kanan aku ni Wani, sangatlah kecoh. Sporting gila.

Eh, ada orang tidur lah dalam gambar ni. Haha

The journey to the tip of Borneo





Tip of Borneo


Otw nak balik. Ni rumah rumah kat sepanjang perjalanan.

Gamelan 2012/2013.
Daebak!

Tu jelah aktiviti kitaorang.
Tujuannya untuk kenal antara satu sama lain.
Tapi best sangat. Sangat.

Jangan jelous aku selalu pergi jalan jalan.
Aku penat. Banyak homework & assignment tertangguh sebenarnya.
Lab report lagi. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Monday, 26 November 2012

Peristiwa Itu

ASSALAMUALAIKUM.

Hai. Kabare? Waras? Wes mangan? Orong? Kok orong. Wes ados?
"Woi woi. Tulis Bahasa Melayu boleh? Normal sikitlah weh."

Beta sangat sibuk minggu lepas. Satu entry pun tak boleh nak update.
"Pedulik apa aku, ingat aku baca blog kau?" 
Fine. Fineeeeee.

Karambunai + Family Day

Takpe takpe. Aku tabah. Aku akan teruskan niat aku *lap air mata*
Before ni aku ada tulis kat blog hampeh ni pasal aku nak pergi Karambunai untuk Biotech Family Day.
Ha!! Harinya adalah sudah berkurun lepas. Eh haritu lah 18 November 2012. Baru lagi kan?
Takpe. Aku nak cerita gak kat sini.

Pergi jam 7.00am (sila ambil tahu, pukul 7am kat SABAH cuacanya macam pukul 8.00am).
Naik bas.

Ni kat simpang nak masuk ke Karambunai.

Resort yang ada kat sana.

Family Day kami katsini.

Takpayah susah susah aku nak cerita apa aktiviti yang korang boleh buat katsini.

Sampai sampai terus breakfast. Seniors @ AJK dah sediakan. Trimas :)

Aktiviti pertama dan wajib adalah senamrobik.
Sporting gila okay senior senior iolls.

Nama kumpulan kitaorang BINI-BINI (nama ni kitaorang pilih sendiri).
Ini adalah kerana ada sorang budak Brunei kat group aku.
Dia cakap perempuan dalam bahasa Brunei adalah bini.
Ahli kumpulan aku semuanya perempuan. So apalagi kan.
Letak jelah nama yang unik tuh.

Nak dipendekkan cerita lah. (Dasar pemalas).
Kumpulan BINI-BINI menang 3 daripada 6 aktiviti sukaneka tuh. (Aku tak pasti, ada 6 ke ada 7 game)
Makanya................kami lah juara pada haritu.
Kembang tak kempis kempis hidung aku. LOL

Selalunya lah kan, asal ada aku je kat dalam mana mana group. Tak pernahnya menang.
Contoh:

Cikgu buat kuiz dalam kelas.
Group aku tak menang.

Hari sukan 2009 aku kumpulan Merah.
Tahun tu kumpulan Merah tak menang. Let say, tahun 2010 aku kena tukar kumpulan Kuning Langsat. Tahun 2010 tu Merah menang pulak kan.

Nampak tak permainan dia katsitu. Aku rasa macam...... Entahlah.

Oh ni lunch kitaorang :)

Alhamdulillah XD kali ni aku tak bawak nasib malang tu. Haha. Khurafat betul!!

Ni ha aku tunjuk gambaq kami main.

Ni game passing rubber band guna straw. Time competition kena sentiasa fokus and serius.
Teruk gila aku berkerut. Munau is budak o v e r 

 
Kesian Fathia kena tarik budak gendut. Nasib baik guni tu tak rabak -_____-

Ni ha budak Brunei group aku, yang ditarik (baju hitam putih).

Lepas sukaneka semua, kitaorang free. Buatlah apa apa pun.

Ada uncle ajak lawan chess. Apa lu ingat gua teror ke? Sekerat je. Pastu surrender.

Ada orang jakun 1st time naik banana boat. Kesian betul budak tu.

Dah tahu dah siapa budak jakun tu? 

Dengan penyu tipu pun jadik.

Menu sebelum balik. #bbq #nomnomnomnomnomnom

Tak sempat nak ambik gambar dengan seniors :(

Happy Family :D

Happy Bornday.

19 November tu hari kelahiran Arifah.
Arifah ni kawan aku katsini. Dia ambik Forestry Science sama dengan Fifa.
Aku kenal Arifah daripada Fifa.
Okay, Fifa pulak adalah kawan aku kat Serting.
Paham?

Okay, kami celebrate malam tu. Surprise surprise Ripah.
Terkejot dia bila abang & akak PizzaHut bagi kek and nyanyi untuk dia.





Dap dap.
Weh lap air liur tu. 

Si Joyah & Bedah tengah busy bincang pasal hutang karpet.
kiri: Dani & kanan: Ripah

Ada jerebu dalam PizzaHut. Sebab tulah muka masing masing macam.................macam pape jelah.

#nomnomnomnomnomnom

Happy Bornday To RipahJijam :)))))

Last sekali sebelum masuk bilik, kitaorang surprisekan dia dengan benda ni.
Macam lilin. Bila dibakar dia keluar lagu. Happy Birthday To You....lalalala.

K ar. Ada 'someone' menanti aku ni ha. Aku senang sikit pun jelous.

"Hi Mr Lab Report!" *yawn*

Tata.

Monday, 5 November 2012

Pelik

ASSALAMALAIKUM.

Nampak tak? Pelik bukan.
First time aku jumpa.
Kat semenanjung ada tak pesen ni?

Ni pun pelik.
Adakah salah jari aku yang mengedit?
:p

Ejat, kelakar lah bila teringat cerita inhaler kamu. Hikhik

Inhaler yang telah dishare selama 5 hari.
Adakah inhaler boleh dishare? Errrr

Wednesday, 31 October 2012

Bercuti Bersama Artis

ASSALAMUALAIKUM.

Camne cuti raya haji? Kami katsini raya haji dan midsem terus sambung cutinya (ayat berbaur Jawa). Penat okay cuti ni. Tapi belum habis lagi. Tinggal 5 hari lagi. Aku akan gunakan cuti ni sebaik mungkin untuk............................study? Oh mungkin ya. Untuk pinjam buku banyak banyak kat library? (Agak agak orang mesti ingat aku rajin kan) Puiiih!

Aku akan gunakan cuti kali ni sepenuhnya dan sebaik baiknya untuk melancong di Sabah. Best sangat. RUGI bagi sesiapa yang balik Semenanjung. Dan rugi untuk sesiapa yang dok terperap dalam bilik. Hihi.

Oh isi lari dengan topik rupa-rupanya. Ahad kelmarin, aku bersama Fifa dan Arifah ke 1B untuk menonton wayang. Semasa kami bertiga khuyuk melangkah. Tiba tiba kami berselisih dengan Eizlan Yusuf. Dapat Dato' eh dia sekarang? Dia dengan isteri dia tengah syok berjalan. Balik soping lettew. Ah tak kesah pun sebenarnya. Artis je. Kau ingat kau sapa? Kat pasar malam Puncak Alam pun aku pernah jumpa artis. Memang tak heran mana lah.

Aku sebenarnya ada cerita lagi best pasal cuti ni. Nanti aku cerita eh. Banyak tempat kami pergi. Alhamdulillah setakat ni dah 3 tempat kami pergi. Ada lagi satu tempat nak pergi esok. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. InsyaAllah.

Kami = Aku, Ejat, Fifa@Huda dan Arifah.

Tapi tajuk tulis bercuti bersama artis. Macamlah aku bercuti dengan DEY tu. Sebenarnya tajuk dia lebih sesuai Bercuti dan Ternampak Artis. #Tahpapejekakuni.



Sunday, 30 September 2012

Kerana Kunci


11 Zulkaedah 1433/27 September 2012....


            Dua pasang kaki mula melangkah keluar dengan langkah yang longlai. Diselangi dengan perbualan yang sia-sia belaka. Tanpa mereka sedari ada yang memerhatikan aturan langkah mereka setiap masa, iaitu Tuhan Yang Satu: ALLAH. 


            Rutin mereka masih sama untuk beberapa hari kebelakangan. Betapa bosannya hidup mereka tanpa disulami dengan keindahan dunia. Ah dunia, terlalu banyak pancaroba. Banyak muslihat yang tersembunyi. Dunia, hanya sementara. Tidak perlu dengan keseronokan yang tidak hakiki, akan hilang suatu masa nanti.


          Bagi mereka yang masih mentah; pelajar-pelajar tersebut, sedikit pun mereka tidak hiraukan apa macam dugaan yang mereka bakal tempuhi kelak. Hanya satu matlamat mereka....


          Cuaca yang pada mulanya cerah dan damai mula menunjukkan taringnya. Ah persetankan semua itu. Langkah mereka semakin lincah agar dapat menyelamatkan diri dari dibasahi hujan yang semakin mengganas. 


          Seorang perawan tiba-tiba muncul dengan langkah yang tergesa-gesa. Mungkin ada urusan yang perlu diselesaikan segera. Namun, perjalanan gadis tersebut terbantut kerana segugus kunci yang dikeluarkan daripada isi begnya yang padat tiba-tiba terjatuh. 


          Tanpa membuang masa, sepasang kaki terus melangkah untuk membantu gadis tersebut, sungguh murni niatnya. Kerana kunci tersebutlah. Kerana kunci itulah. Ya, kerana kunci tersebutlah kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Kejadian yang tidak pernah dirancang. 


         Gadis tersebut ingin membalas budi.  dia terus mempelawa pelajar-pelajar tersebut. Mempelawa untuk menumpangkan mereka. Sedangkan perjalanan mereka bukanlah sehala. Jauh dibenak fikiran pelajar tersebut, inilah peluang keemasan mereka. Ah persetankan mata-mata yang memandang. Diri  perlu dilindungi.

      

















      Hanya kerana kunci!!!! Pelajar-pelajar tersebut berjaya mencapai matlamat mereka yang satu; iaitu untuk ke kelas TITAS. Tanpa dihinggapi setitik hujan pun. Yes yes yes. Aku ngan kawan aku, Eton pergi kelas TITAS dengan muka kerek sebab tak kena hujan pun. Haha. Riak :p

Itulah ganjarannya..ALHAMDULILLAH. Serious ah, hujan katsini kalau lebat, memang selebat-lebatnya. Macam nak ribut pun ada. Angin kencang tak payah cakaplah. Tapi alah bisa tegal biasa. I kan anak jawa. Nasib baik Kakak tu tumpangkan kitaorang. Terima kasih ALLAH, terima kasih Kak Siti(kalau tak silap), mentang-mentang dah selamat terus lupa nama. Hehe