Kononnya nak makan durian & durian crepe..
Tergoda okay orang dok promote, cerita pasal durian crepe.
Kononnya nak release tension..
Kononnya ini janji setia untuk tidak keluar lagi selepas ini..
Tapi tu sekadar kononnya.
Amende ar, cerita tak lengkap. Pening nak paham.
Sabtu lepas aku keluar dengan geng Gegirl/BiniBini. Papejelah.
Aku keluar berempat. Aku, Fifa, Arifah & Icah.
Kitaorang pergi KK.
Nak carik durian. Jakun kan. Tapi dah
Kesianlah kat kitaorang. Rumah jauh. Nak balik, tak mampu. Tunggu cuti sem je boleh balik. Tu pun dapat tiket murah. Kesian lah kat kami :'(
Mula pergi Indah Permai (IP) sebab katsitu ada jual durian crepe.
Kecewa betul. Gerai tu tak bukak pulak. Aigoo megundang kemarahan.
Takpe takpe. Durian ada.
Pastu pergi KK. Banyak gak orang jual durian. Wah, rambang mata.
Tapi singgah Plaza Merdeka (betul ke namanya).
Saja pergi situ sebab tak pernah pergi.
Jumpa kedai jual takoyaki. Nyamnyam.
Gegar gegar. Grrr
Afifah tolong belikan. Sweet bangat.
Kedekut kedai ni tak kasik orang ambik gambar.
Tapi pedulik apa kan :p
Ada bayang bayang. ~Ku dikejar bayang bayang resah~
Yang kiri tu Icah :D
Kat Waterfront KK.
Dah banyak kali kot ambik gambar kat waterfront. Tapi ni saja menggedik nak hitamkan kulit.
I tak suka okay kulit macam mat salleh anak solleh.
Padahal kulit memang hitam kan Munau. Booooo.
Pastu nampak pakcik makcik jual durian. Berlonggok longgok. Geram >.<
Icah tak makan durian. Rugi betul.
Tapi bau boleh. Dia ada rasa gak seulas dua.
Kitaorang? Bukan setakat rasa.....(sambung sendiri)
Nilah santapan Icah.
Rugilah siapa tak makan durian. Rugi weh. Rugi!
Usaha tangga kejayaan. Caiyok.
Hasil tangkapan yang tak boleh dibawak balik.
Ingatkan nak bawak balik, nak tanam kat belakang blok.
Tapi bila pikir balik, rugi je.
Si monyets yang melantak kang.
(Padahal bukannya setahun dua boleh terus berbuah kan. Berangan je lebih.)
Lepas makan singgah Suria Sabah pulak.
Saje je singgah. Takde niat apa pun.
Takde niat konon tapi beli gak barang. Sangat cakap tak serupa bikin. Puiih
Lepas magrib tu bergegas pergi 1B pulak.
Fifa & Arifah nak beli bahan projek.
Masuk uni dalam pukul 10.30pm.
Awal lagi tu. Kitaorang pun pergilah ODEC.
Hahaha sangat bengong. Mende entah pergi ODEC malam malam.
Eh tahu ke ODEC tu apa?
ODEC tu Out-Door Development Center kat dalam UMS.
Cantik tau ODEC.
Jap aku nak show off gambar ODEC waktu siang.
Gambar ihsan dari Google.
Cantik tak?
Kadang aku tengok ramai tourist datang sini.
Kiranya ODEC ni pantai under UMS ar.
Uni lain ada tak? Saja nak tahu.
Tapi UMS ni macam macam ada.
Kat ODEC ni ada Muzium Marin & fish hatchery.
Pantai ODEC ni selalu orang buat kem ar. Sukan kenu, kayak, perahu naga.
Takyah susah susah nak carik pantai *double jerk*
Selain tu, UMS ni ada Muzium Perubatan (belum pergi). Macam macam lagilah.
Cuma tak sempat nak explore je. Mall sempat je explore ek.
Jeti. Scary tak. uuuuuuuu
Maafkan kami :3
Mesti korang ingat kitaorang teruk kan.Anak dara apalah balik malam malam.
Anak dara apalah gedik sangat macam ni.
Well, aku cuma nak bagitahu. Jangan carik keburukan orang je. Kita semua tak perfect.
Seteruk teruk kami balik malam malam tapi kami masih balik & kami bukan keluar bersuka ria dengan boyfriends.<----Alasan sebelum dimaki dan dicaci oleh orang lain. Wkwkwk.
Nak study. Nak study. Nak study.
Doakan kami dapat jawap dengan tenang ya.
Doakan kami berjaya ya.
Jangan ingat kami asyik main main je.
Adakalanya kami serius sampai tak pandang orang sekeliling (bila lapar biasanya situasi ini akan terjadi).
Wassalam.
p/s: Jangan ada hasad dengki aaa. Maaf sekali lagi <3
No comments:
Post a Comment