Sunday, 30 September 2012
Kerana Kunci
11 Zulkaedah 1433/27 September 2012....
Dua pasang kaki mula melangkah keluar dengan langkah yang longlai. Diselangi dengan perbualan yang sia-sia belaka. Tanpa mereka sedari ada yang memerhatikan aturan langkah mereka setiap masa, iaitu Tuhan Yang Satu: ALLAH.
Rutin mereka masih sama untuk beberapa hari kebelakangan. Betapa bosannya hidup mereka tanpa disulami dengan keindahan dunia. Ah dunia, terlalu banyak pancaroba. Banyak muslihat yang tersembunyi. Dunia, hanya sementara. Tidak perlu dengan keseronokan yang tidak hakiki, akan hilang suatu masa nanti.
Bagi mereka yang masih mentah; pelajar-pelajar tersebut, sedikit pun mereka tidak hiraukan apa macam dugaan yang mereka bakal tempuhi kelak. Hanya satu matlamat mereka....
Cuaca yang pada mulanya cerah dan damai mula menunjukkan taringnya. Ah persetankan semua itu. Langkah mereka semakin lincah agar dapat menyelamatkan diri dari dibasahi hujan yang semakin mengganas.
Seorang perawan tiba-tiba muncul dengan langkah yang tergesa-gesa. Mungkin ada urusan yang perlu diselesaikan segera. Namun, perjalanan gadis tersebut terbantut kerana segugus kunci yang dikeluarkan daripada isi begnya yang padat tiba-tiba terjatuh.
Tanpa membuang masa, sepasang kaki terus melangkah untuk membantu gadis tersebut, sungguh murni niatnya. Kerana kunci tersebutlah. Kerana kunci itulah. Ya, kerana kunci tersebutlah kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Kejadian yang tidak pernah dirancang.
Gadis tersebut ingin membalas budi. dia terus mempelawa pelajar-pelajar tersebut. Mempelawa untuk menumpangkan mereka. Sedangkan perjalanan mereka bukanlah sehala. Jauh dibenak fikiran pelajar tersebut, inilah peluang keemasan mereka. Ah persetankan mata-mata yang memandang. Diri perlu dilindungi.
Hanya kerana kunci!!!! Pelajar-pelajar tersebut berjaya mencapai matlamat mereka yang satu; iaitu untuk ke kelas TITAS. Tanpa dihinggapi setitik hujan pun. Yes yes yes. Aku ngan kawan aku, Eton pergi kelas TITAS dengan muka kerek sebab tak kena hujan pun. Haha. Riak :p
Itulah ganjarannya..ALHAMDULILLAH. Serious ah, hujan katsini kalau lebat, memang selebat-lebatnya. Macam nak ribut pun ada. Angin kencang tak payah cakaplah. Tapi alah bisa tegal biasa. I kan anak jawa. Nasib baik Kakak tu tumpangkan kitaorang. Terima kasih ALLAH, terima kasih Kak Siti(kalau tak silap), mentang-mentang dah selamat terus lupa nama. Hehe
Friday, 28 September 2012
Macam Fenomena
ASSALAMUALAIKUM.
Apa yang macam fenomena? Ni sebenarnya nak kongsi pasal kawan kawan yang belajar kat overseas.
Tahniah buat semua yang dah & akan sambung belajar ke menara gading gajah. Semenjak dua menjak ni ramai(ni betul betul ramai) kawan kawan aku yang nak terbang ke 'luar'. Sebab itulah aku kata fenomena, macam segerombolan terus yang pergi. Tapi kebanyakan mereka dengan tanggungan ibu dan ayah. Itu semua adalah pilihan kita sendiri. Ada baik & buruknya.
Sebab-sebab:
Apa yang macam fenomena? Ni sebenarnya nak kongsi pasal kawan kawan yang belajar kat overseas.
Tahniah buat semua yang dah & akan sambung belajar ke menara gading gajah. Semenjak dua menjak ni ramai(ni betul betul ramai) kawan kawan aku yang nak terbang ke 'luar'. Sebab itulah aku kata fenomena, macam segerombolan terus yang pergi. Tapi kebanyakan mereka dengan tanggungan ibu dan ayah. Itu semua adalah pilihan kita sendiri. Ada baik & buruknya.
Sebab-sebab:
- Memang MINAT kau kan, takde siapa boleh halang. Alasan yang paling kuat: 'Kat Malaysia aku dapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Perbidanan Kampung, aku nak ambik medic, nak jadik doktor perubatan moden.' Makanya kalau memang minat kau, mesti kau akan belajar betul betul kan. Takdelah sia sia duit mak bapak kau melabur untuk pendidikan kalian.
duit mak bapak yang bakal habis. (bukan gambo aku) |
- Sebab rasa macam BANGGA je belajar jauh jauh kat negara orang. Eh ada ke orang macam ni? Ada kot, jelous tengok rakan rakan upload gambar kat fb twitter, masuk surat khabar dalam edisi salam perantauan & dapat jalan jalan waktu cuti sem sambil menghabiskan duit cukai yang orang Malaysia bayor(ini kes budak yang dapat scholar).
- Sebab KELUARGA suruh. Oh yang ni memang bagus ah. Sebabnya bukan diri sendiri yang paksa mak ayah untuk tanggung mereka. Ini kes mereka pergi dengan restu keluarga. And mesti mak ayah dia nak salah seorang anak anak dia jadik doktor or pharmacist and ect. Kerjanya nanti mestilah grand kan. Ada gelaran lagik. Waduh macam macam.
- Kes TERPENCIL. Ni ada satu cerita pasal sorang budak ni. Dia nak jadik doktor perubatan sebab makwe dia. Bapak perempuan tulah punya pasal. Dia nak menantu dia nanti kerja doktor. Anak dia belajar apa entah..aku lupa. Oh demand bukan main. Ingat kalau menantu kau bukan doktor tak dapat ah tanggung anak kau? Pelik betul. Jadi, budak laki tu pun sanggup belajar kat Mesir sebab tak dapat tawaran medic dalam Malaysia.
Bagi aku lah, kalau betul tu minat kau takpe. Sebab niat kau murni. Tapi kalau kau rasa kau nak jadik hebat, tak payahla kot. Sebab nanti kau sendiri yang tak mampu. Kenapa ek kebanyakan orang yang sambung belajar kat oversea(yang guna duit sendiri) semua yang ambik medic. Lupa pulak, nak sambung medic dalam Malaysia kena dapat 4flat time STPM or matriculation. Kiranya yang kes kes yang aku sebutkan tadi tu tak cukup kualiti ke?
Ni mesti korang nak ikut idola korang kan:
Ni mesti korang nak ikut idola korang kan:
google punya imej |
Wednesday, 26 September 2012
Tempat Baru
Tanpa sebarang mukadimah. Teruskan sahaja tujuan. Best ke tidak tempat baru anda? Mestilah best. Kalau tak best asal kau apply kat situ kan? 'Eh suka hati akulah, aku kan sukakan cabaran.' Nak cabaran sangat kan. Ha ambik kau tercampak kat situ. Tapi bukan masalah sangat pun. Aku kan anak jawa. Hidup jawa! Wes mangan?(tiba-tiba)
Gambar sikit pun sibuk nak letak...(lantak ah)
Subscribe to:
Posts (Atom)