Saturday, 22 December 2012

Dah Nak Habis

ASSALAMUALAIKUM.

Sem 1 dah nak habis.
Rasa macam sekejap je.
Tapi sebenarnya dah dekat 4 bulan aku tak jumpa keluarga yang nun jauh di tanah Semenanjung (bajet macam family kat Benua Antartik je).
Rindu sangat weh. Untunglah yang sentiasa dekat dengan family.

Tapi pada masa yang sama aku bersyukur sangat dapat sambung belajar katsini.
Macam macam benda baru aku belajar.
Aku jadik lebih berani.
Yelah, dah duduk jauh. Nak harap kat siapa? Ada sedara katsini pun tak guna kalau tak kenal #APTB.
So, berdikarilah ya.
Ceh macam bagus je kan aku ni. Padahal.......

Final exam pun dah dekat sangat.
Study week pun dah start.
Makanya marilah sama sama kita berjuang.

Bangkitlah wahai diri.
Sedarlah kejayaan tidak datang sendiri.
Punya cita cita tinggi.
Kemalasan masih menyelubungi.
Apalah guna angan angan infiniti.
Usaha sebagai kunci.
Dan berdoalah kepada Illahi.

Takut atau tidak.
Tapi yang pasti kita akan tempuh jugak final exam.
Arghhh *screaming gaya chipmunk*

Jap. Nak bagitahu.
Aku minatlah kat dia ni.
Minat gitu gitu jelah. Tak fanatik pung.

Kalau tak kenal lantak kau lah.
Nama beliau T.O.P
Kepada sesiapa yang benci atau tak suka Kpop maaf ya (Huhu)



Eh kejap. Ada lagi sorang. 
Oppa Running Man---> Kang Gary



Apa apa pun, ni sekadar suka suka je.
Kepada yang tak suka atau benci kat Kpop Kpop ni. Sekali lagi maaf ya *duckface*
Ala janganlah judge orang tu dengan apa yang dia minat dia.

"Budak/orang yang minat Kpop ni gediklah."
"Tolonglah Kpop, errrr. Aku #TeamBenciKpop"
"Semua tu plastik je weh, diaorang bukan original cantik"
"Tolonglah bertaubat daripada minat minat Kpop ni"

Okay aku faham. 
Tapi  boleh tak kita pandang dari segi positif.
Bila kita tak suka, kita akan jadik lebih pesimis kat benda tu.
Ada je yang tak kena kat benda tu.
Kita akan korek dari celah setiap kuman kekurangan perkara/benda tu.

Tapi boleh tak kita kikis sifat tu.
Walaupun kita nampak benda tu tak elok, cuba tengok dari sudut lain.
Kadang kita belum tengok lagi situasi/cerita sebenar dia.Tapi awal awal kita dah nilai.
Sebabnya kita cuma dengar dari pandangan orang lain.

Bagi aku orang Korea Selatan ni funny.
Diaorang suka buat lawak, menceriakan suasana.
Tapi kita? Bila someone marah je mesti ada yang jadi  batu api.
Diaorang tak, diaorang akan cuba tukar kemarahan tu jadi sesuatu perkara yang lawak.

Apalah aku merepek ni.
Tapi aku nak sedarkan mentaliti kita.
Jangan pandang benda tu negatif/buruk sebab memang kita dah sedia membencinya.
Kawal kebencian tu.
Sebab tak semua orang suka kau. Dan tak semua orang benci kita.

Dasar mereng betul aku ni. Merepek tak tentu pasal.
Minatlah apa saja pun.
Yang penting jangan lalai. 
Jangan leka nonton/buat sesuatu yang kita suka sampai lupa seruan ALLAH.

Aku ni bukanlah baik. Tapi aku ni taklah sejahat mana.
Aku mintak maaf kalau ada pihak yang kecik hati.
Exam dah dekat, tak baik benci benci orang.
Tak cool lah marah marah je. Buat sakit hati je benci kat orang.

Apa punya entry daaaaa.

Tuesday, 18 December 2012

Kononnya....

ASSALAMUALAIKUM.

Kononnya nak makan durian & durian crepe..
Tergoda okay orang dok promote, cerita pasal durian crepe.
Kononnya nak release tension..
Kononnya ini janji setia untuk tidak keluar lagi selepas ini..

Tapi tu sekadar kononnya.

Amende ar, cerita tak lengkap. Pening nak paham.

Sabtu lepas aku keluar dengan geng Gegirl/BiniBini. Papejelah.
Aku keluar berempat. Aku, Fifa, Arifah & Icah.
Kitaorang pergi KK.
Nak carik durian. Jakun kan. Tapi dah mengidam teringin sangat. Nak buat camno.
Kesianlah kat kitaorang. Rumah jauh. Nak balik, tak mampu. Tunggu cuti sem je boleh balik. Tu pun dapat tiket murah. Kesian lah kat kami :'(

Mula pergi Indah Permai (IP) sebab katsitu ada jual durian crepe.
Kecewa betul. Gerai tu tak bukak pulak. Aigoo megundang kemarahan.
Takpe takpe. Durian ada.

Pastu pergi KK. Banyak gak orang jual durian. Wah, rambang mata.

Tapi singgah Plaza Merdeka (betul ke namanya).
Saja pergi situ sebab tak pernah pergi.

Jumpa kedai jual takoyaki. Nyamnyam.

Gegar gegar. Grrr

Afifah tolong belikan. Sweet bangat.

Kedekut kedai ni tak kasik orang ambik gambar.
Tapi pedulik apa kan :p
Ada bayang bayang. ~Ku dikejar bayang bayang resah~

Yang kiri tu Icah :D

Kat Waterfront KK.

Dah banyak kali kot ambik gambar kat waterfront. Tapi ni saja menggedik nak hitamkan kulit.
I tak suka okay kulit macam mat salleh anak solleh.
Padahal kulit memang hitam kan Munau. Booooo.

Pastu nampak pakcik makcik jual durian. Berlonggok longgok. Geram >.<
Icah tak makan durian. Rugi betul.
Tapi bau boleh. Dia ada rasa gak seulas dua.
Kitaorang? Bukan setakat rasa.....(sambung sendiri)
Nilah santapan Icah. 
Rugilah siapa tak makan durian. Rugi weh. Rugi!

Usaha tangga kejayaan. Caiyok.

Hasil tangkapan yang tak boleh dibawak balik. 

Ingatkan nak bawak balik, nak tanam kat belakang blok. 
Tapi bila pikir balik, rugi je.
Si monyets yang melantak kang.
(Padahal bukannya setahun dua boleh terus berbuah kan. Berangan je lebih.)

Lepas makan singgah Suria Sabah pulak.
Saje je singgah. Takde niat apa pun.
Takde niat konon tapi beli gak barang. Sangat cakap tak serupa bikin. Puiih
Lepas magrib tu bergegas pergi 1B pulak.
Fifa & Arifah nak beli bahan projek. 

Masuk uni dalam pukul 10.30pm.
Awal lagi tu. Kitaorang pun pergilah ODEC.
Hahaha sangat bengong. Mende entah pergi ODEC malam malam.
Eh tahu ke ODEC tu apa? 
ODEC tu Out-Door Development Center kat dalam UMS.
Cantik tau ODEC. 

Jap aku nak show off gambar ODEC waktu siang.
Gambar ihsan dari Google.

Cantik tak? 
Kadang aku tengok ramai tourist datang sini.
Kiranya ODEC ni pantai under UMS ar.
Uni lain ada tak? Saja nak tahu.

Tapi UMS ni macam macam ada.
Kat ODEC ni ada Muzium Marin & fish hatchery.
Pantai ODEC ni selalu orang buat kem ar. Sukan kenu, kayak, perahu naga.
Takyah susah susah nak carik pantai *double jerk*

Selain tu, UMS ni ada Muzium Perubatan (belum pergi). Macam macam lagilah.
Cuma tak sempat nak explore je. Mall sempat je explore ek.

Jeti. Scary tak. uuuuuuuu

Maafkan kami :3
 Mesti korang ingat kitaorang teruk kan.
Anak dara apalah balik malam malam.
Anak dara apalah gedik sangat macam ni.
Well, aku cuma nak bagitahu. Jangan carik keburukan orang je. Kita semua tak perfect.
Seteruk teruk kami balik malam malam tapi kami masih balik & kami bukan keluar bersuka ria dengan boyfriends.<----Alasan sebelum dimaki dan dicaci oleh orang lain. Wkwkwk.

 Aaaaaaaah cuaknya. Lagi 2 minggu nak final exam.
Nak study. Nak study. Nak study.

Doakan kami dapat jawap dengan tenang ya.
Doakan kami berjaya ya.

Jangan ingat kami asyik main main je.
Adakalanya kami serius sampai tak pandang orang sekeliling (bila lapar biasanya situasi ini akan terjadi).

Wassalam.
p/s: Jangan ada hasad dengki aaa. Maaf sekali lagi <3

Tuesday, 11 December 2012

KARNIVAL KOKURIKULUM

ASSALAMUALAIKUM.

SEBELUM ADA YANG ASAH TUKUL BESI SEBAB AKU GUNA CAPS LOCK BAIK AKU HABAQ AWAL AWAL.

MALAM NI MOOD AKU NAK GUNAKAN CAPS LOCK SEBAIK MUNGKIN. SEBAB SUKA HATILAH. KBAI. KBAI. TETT. TETT. NOMBOR YANG ANDA HUBUNGI TIDAK ADA DALAM PERKHIDMATAN.

MAAF KALAU BOSAN. KBAI.

SABTU LEPAS ADA KARNIVAL KOKUM KATSINI.

AKU JOIN BUAT PERSEMBAHAN GAMELAN.

"ALA GAMELAN JEEEEE PUN. KECOH AR" #WHATEVER

AKU MAIN LAGU LENGGANG KANGKUNG.

GAMELAN MAIN 4 LAGU: TIMANG BURUNG, TOGOK, LENGGANG KANGKUNG & DIKIR PUTERI. GIGIH NAK TERANGKAN WEH. SEMANGAT TU PERLU.

BEST JUGAK EK KALAU LECTURER GAMELAN AKU SEDIAKAN NOT LAGU KPOP. 'IM SINGING MY BLUE~UUUU~UUU'





BOOOO

PENAT TAU. LATIHAN LATIHAN. PREKTIS PREKTIS. REHEARSAL REHEARSAL.
DUNIAWI. 
AH TAKPE. TU LAST. PASNI AKU DAH TAKDE KOKUM. I'M FREE. NO MORE KOKUM. NEHI.



I'LL MISS YOU ALL. LEBIU <3
KUANG AJO AR SIAPA BUAT PIS KAT KEPALA AKU TUH. GRRRR

SEKIAN.
WASSALAM.

Monday, 3 December 2012

Rindu Sangat

ASSALAMUALAIKUM.

Tadi aku cakap kat Fifa nak buat lab report.
Tapi haram jadah. Melencong tujuan.
Ala selingan kejap. Kejap je.

Petang tadi Mak aku call. Rindunya kat Emak.
Tiba tiba rasa rindu sangat sampai rasa nak nangis.
Nak balik. Nak balik rumah.

Boleh tak aku balik rumah tanpa ambik final exam.
Ishh seriau pulak bila menyebut pasal final.
Jadual final aku padat sangat.
Ada tu sehari sampai dua exam.
Macam mana ni? RISAU.

Eh lari topik.
Aku rindu nak peluk Mak.
Rindu nak salam Mak.
Rindu nak bau Mak.
Rindu nak makan masakan Mak (memang aku kuat makan).
Rindu nak tengok muka Mak.
Rindu nak berbual lama-lama dengan Mak.
Rindu nak kacau Mak.
Rindu nak jalan jalan dengan Mak.
Aaaaaaaaah jiwangnya aku.

Aku pun rindu kat Abah jugak.
Dahlama tak berbual kat telefon dengan Abah.
Kalau call rumah kadang aku cakap dengan Mak je.
Bukan sengaja taknak cakap dengan Abah. Tapi aku lagi rindu nak cakap dengan Mak.
Adakah aku anak durhaka?
Aku harap Abah tak kecik hati.
Tapi Abah tak kesah pun sebenarnya.
My Abah is cool.
Daddy, daddy cool. Daddy, daddy cool.

Wah Munau. Kau tulis diari ke apa ni?
Maaf sebab ni sekadar entry mengarut dan tak membawa sebarang info (macamlah entry yang lain ada info).

Aku HOMESICK bah TT.TT

Trip

ASSALAMUALAIKUM.

Last weekend aku pergi trip.
Trip kokurikulum.
Aku ambik gamelan. Jangan tanya kenapa aku join kelab gamelan.

Trip gamelan ni saja saja je kitaorang buat.
Kalau buat dapat markah kokum lebih (mungkin).
Kalau tak buat pun takpe.

Kitaorang pergi Kudat.
Ohya, trip ni free sebab uni yang tanggung. XD

Sebenarnya kan aku dah pernah pergi Kudat,
Masa cuti midsem haritu.

Mula aku taknak pergi. Tapi bila fikir pasal markah kokum.
Aku pun pergi dengan separuh ikhlas.

Lagipun kitaorang mana rapat. Setiap ahli gamelan datang dari macam macam course.
Seminggu jumpa sekali je. Kokum kan seminggu sekali je.
Sebab tulah aku macam nak taknak je pergi.

Kitaorang stay kat rumah panjang. Yeahhhh.
Rumah panjang yang kitaorang duduk ni memang dijadikkan homestay.

Pergi hari Sabtu. Tepat jam 11.30am kitaorang sampai.
Semua jakun tengok rumah panjang. (Huhu)

New experience.
Lai lai.

Unik

Selekeh gila kau munau! Berkilau!
Sebelah tu Saadah. Tu jelah yang aku kenal kat gamelan (sebelum trip).

Ni dinding kat ruang tamu. Cuak tak?

Bilik tidur yang super scary
Cuba pikir macam mana nak salin baju? Tingkap yang sentiasa terbuka.
Tapi kan rumah panjang tinggi. Orang tak boleh ngendap.
Kelambu tu memang sangatlah berguna. 
Nyamuk waktu malam takyah cakap ar. 
Aku still tak boleh bayangkan macam mana orang tinggal/hidup dalam rumah panjang selama bertahun tahun.

Ruang tamu.

Lantai. 
Takuiit nak pijak.
Tapi lama lama dah biasa, siap berlari.
Nasib tak roboh. (Haha)

Pintu bilik.
Agak agak kalau banyak masa free boleh je nak usha orang dalam bilik.
Rasa insecure gila tinggal kat rumah panjang ni. 

Petang Sabtu tu ada sukaneka.
Running Gamelan namanya.
Macam macam jenis game ada.
Group gua menang weh :)))))))))
Best sangat gua cakap sama lu.
Time tulah baru kenal semua orang.
Kenal perangai masing-masing.

Malam pulak tengok tarian suku kaum Rungus.
Diaorang ajak sudents join menari sekali. 
Aku memang taknak ah. Sori.
Sori gambar kabur sebab aku zoom.

Lepas habis tengok tarian kitaorang prektis main gamelan.
Kata trip under kelab gamelan. Haruslah ada selitkan aktiviti prektis lagu.
Alaaaaa aku tak snap gambar time prektis -___-

Pastu dalam pukul 12am tu dah free semua, diaorang karaoke weh.
Aku dah tak larat dah nak join.

Hari kedua (Ahad) pulak pergi Simpang Mengayau.
Aku kan dah pernah pergi.
So takde lah rasa jakun sangat.

Yang belah kanan aku ni Wani, sangatlah kecoh. Sporting gila.

Eh, ada orang tidur lah dalam gambar ni. Haha

The journey to the tip of Borneo





Tip of Borneo


Otw nak balik. Ni rumah rumah kat sepanjang perjalanan.

Gamelan 2012/2013.
Daebak!

Tu jelah aktiviti kitaorang.
Tujuannya untuk kenal antara satu sama lain.
Tapi best sangat. Sangat.

Jangan jelous aku selalu pergi jalan jalan.
Aku penat. Banyak homework & assignment tertangguh sebenarnya.
Lab report lagi. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!